Bagi permulaan ni..cik suna nk kongsi satu kisah y pernah cik suna tulis sebelum ini..sekadar cerita utk memotivasikan diri sendiri..
Pada zaman dahulu, di sebuah negeri, ada seekor katak yang sentiasa hidup dalam kebahagiaan bersama ahli keluarga dan kaumnya yang lain. Habitatnya ialah sebuah kolam yang yang subur dan berdekatan dengan sumber makanan. Katak tersebut tidak pernah melalui kesusahan dalam hidupnya sehinggalah pada suatu hari, negeri tersebut telah dilanda musim kemarau yang sangat panjang sehingga mengeringkan semua sumber-sumber air di negeri berkenaan. Kolam tempat katak tinggal juga mulai kering airnya. Oleh itu, katak dan kaum-kaumnya mulai mengali tanah didasar kolam agar tidak mati kekeringan tetapi air kolam mengering dengan cepat dan akhirnya kolam tersebut turut kering seperti kolam dan sumber air lain dinegeri berkenaan. Disebabkan katak telah tahu bahawa punca air kolam tersebut adalah mata air di bawah tanah, katak dan kaumnya terus menggali mencari punca mata air tersebut. Semakin dalam mereka mengali semakin ramai kaumnya yang mati kehausan dan kepenatan akhirnya tinggallah katak tersebut seekor diri.
Katak itu sedar hanya dia sahaja yang boleh menyambung keturunan kaumnya, oleh itu dia terus mengali tanah tersebut. Katak tersebut terus berharap dia akan menemui punca mata air yang dikatakan wujud di bawah tanah kolam tersebut. Katak tersebut telah berjaya menempuh batu-batu kecil yang menghalang perjalanannya kerana dia percaya dan yakin dia akan menemui air yang dicari. Namun setelah jauh dan dalam perjalanannya, katak tersebut telah bertembung dengan seketul batu yang besar. Katak itu berkata pada dirinya, 'batu ini terlalu besar, mana mungkin ada mata air boleh keluar disebaliknnya, sia-sia sahaja aku sekiranya aku mengalihkannya sama seperti batu-batu kecil sebelumnya'. Katak tersebut akhirnya berputus asa dan matilah ia bersama kaum-kaumnya yang lain tanpa sempat menemui punca air yang boleh menyelamatkannya.
Sebenarnya katak tersebut hanya perlu mengalihkan batu besar tersebut dan dia akan menemui air di sebalik batu tersebut tetapi apakan daya katak tersebut telah berputus asa di pengakhiran perjalanannya. Dia bukan sahaja merugikan dirinya tetapi juga menyebabkan keturunannya telah pupus. Dalam kehidupan kita sendiri setakat manakah kita berusaha sekiranya berhadapan dengan kegagalan dan masalah?. Haruskah kita merosakkan diri atau bunuh diri semata-mata kita gagal dalam sesuatu perkara? tentunya tidak..banyak sumber yang boleh dirujuk sekiranya kita menghadapi masalah. Ingatlah hidup adalah anugerah, kesusahan dan penderitaan adalah ujian-Nya. Kegagalan bukan pengakhiran sebuah kehidupan yang indah . Asalkan Tidak Berputus Asa pada Saat Genting, Harapan mungkin Jadi Kenyataan
No comments:
Post a Comment